Apr 23, 2011

LU LANGSI LU MATI !


Assalamualaikum...

Hari ini aku rasa macam muka aku buat buat tebal tak boleh ditembus oleh sinaran radioaktif dowh! Padahal aku rasa nak sorok sorok muka kat dalam almari untuk setahun wehh. Malu malu malu.
*Padan muka. Hari tu kau buat orang. Sekarang kau kena balek. Err...

guna pic shoutbox sat

Kesahnya bermula...


Disuatu pagi yang indah. Tenang. Kicauan burung yang comel comel, aku start enjin kereta nak keluar p jumpa kawan sat nak bagi something.
Bajet drive tenang sambil dengar lagu menyesal by sixth sense di corong radio sekali tengok gambar lampu minyak dah menyala. Halamaakkk.
Ok chill. Aku pon cari la stesen yang dekat dekat nak tuang minyak.

Cantek je aku park kat kotak tuh. Pehtu aku pon pegi kat kaunter nak bayar la. Takkan nak ngorat pulak. Jalan penoh semangat. Eksaited. Dah sudah tu aku terus je menonong pegi kat kereta. Terus je masuk kereta. Tak tengok sekeliling dah. Tetiba ada sorang mamat berjanggut seciput ketuk ketuk tingkap. Rambut sedikit pacak. Cun jugak mamat ni. Aku cuak. Nak merompak ke. Time tu duit bawak cukup cukup seploh hinggit jekk. Ke nak ngorat aku. Mamat janggut seciput ni senyum senyum je. Addoooii.



Rupa rupanya aku salah keta wehh. Uwaaa. Keta memang sama. Sebijik. No.plat je laen. Aku tepuk dahi.


*Ya Allah. Mintak maaf bang. Saya nak cepat. Tak perasan. #gelak gelak malu.

Sumpah malu gila. Aku buat buat tak dengar apa ntah mamat tu cakap. Aku rasa nak mati time tuh jugak. Aku terus lari p kat keta. Tak toleh toleh dah. Aku tau. Kompem mamat tu gelakkan aku kaw kaw punya. Aku start enjin terus balik rumah. Text kawan kata tak dapat nak jumpa, ada hal yang sangat urgent.


Serik serik. Naseb baik tak ramai orang time tuh. Aku taknak pegi stesen minyak tu lagi. Taknak jumpa pekerja kat situ lagi. Mintak mintak aku takkan jumpa mamat tu lagi. Setahun aku tak nak keluar rumah.
Apsal la mende macam ni jadi kat aku.



Pengajaran : Lenkali jangan nak terus menonong sangat lah. Pastikan betol betol kau punya. #Sekarang tak malu sangat dah. Sebab buat aku tergelak sensorang kenangkan kejadian tuh. Kenangan paling bongok kat aku. Nak nanges kuat kuat wehh.




*Sekarang jugak aku rasa macam nak demam. Demam terkejut bertambah malu kot.muahaha




#OKBAII




xoxo






81 comments:

noraliza said...

hahaha..tuulah jln menonong lagi

Fyqa said...

noraliza : tobat tobat (-_-)"

OreO HitaM said...

Blogwalking:

Aaha..tobat malu gila..
Pastikan kalau kawen nanti tak amalkan benda yg sama.
Bygkan kalau silap laki...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

tu la.. cover cun sangat.. padan muka... kan dah malu.. kalau aku jadi ko , aku 40 ari 40 malam sumbat muka dalam laci, pastu kunci... hahaha

cikmegipama said...

hahaha...pehh malu kot.
ilek2..die xkenal sape. chill..haha

Fyqa said...

oreo : hahaha.klo yg tu kompem tak silap..

Fyqa said...

top : aku tak kaber cun. nak cepat jekk.haha

tak nak ah.mati lemas aku nnti. haha

Fyqa said...

cikmegi : hahaha.tau xpe. wat tak tau jekk///

Miss Tira said...

Kalau bawak memonong je kereta tu tak pasal-pasal jadi kes polis. Hahahaha. :D

Erra Kyra said...

hai...folo sini..
















best cite kmo..lawak sengal!^^comel pong ada...hee

Dekcik said...

mengelabah kow 2 ak dah tahu..mmang ptut kow silap, bwk kete pown x tntu hala..haha..

YOUsoF said...

Jap.. nak KETAWA dulu..... ;DDD




Waduuh kofem malu gilababas mase tu kan.. takpe sebulan camtu, pekerja pam minyak tu pun tak cam da muka Fyqa.. hehehe
(tak tau la diorang cam muka kat cctv) ;D



takpe amek pengajaran ka situ wokey!

Fyqa said...

Miss Tira: haha.adesshhh maluu

Fyqa said...

Erra: err...haha

Fyqa said...

Dekcik : wehh mana ada. aku nk cepat jekk.haha

Fyqa said...

yousuf : hahaha.jgnlah. malu3...

xpe.pngajaran pasni hati2..hehe

mykhalis said...

mujur sempat dia ketul tingkap dulu..kalau dia terus ketuk kepala??bertambah nonononggg..wahahha

Fyqa said...

mykhalis : hahaha. jgn.naseb baek la kan...

nelly said...

haha .mesti malu gila !

Fyqa said...

nelly : toksah ckp. mmg gaban gila malu.haha

NisaAdnan said...

haha kelaka la. kalau org la kat tempat fyqa, konpem gletar satu badan

*dasar penakut, ntah2 nak isi minyak pon tak lepas. hihi

Miss Dill said...

kacak lah pengalaman ni!

hihi.

Miss Dill^^

Gen2Merah said...

hehehehe.. macam mana oo boleh tak perasan.. selamba je masuk keta lain.. hihihihi.. malu2...

Fizalinolie said...

Huhu siannya Fyqa.. Hehehe. Lucu pun ada. Tapi buat slamber jer dear... tok sah dipikir sangat...

Fyqa said...

Nisa : haha. try chill je.jgn tnjukkan kat org yg kita takot.haha

Fyqa said...

Miss Dill : kacak? haha...

Fyqa said...

gen2 : haha.tu la pasaii.haishh

Fyqa said...

k.Fiza : huhu.org chil amat sngt dh nih. haha

*kunun

nub said...

hahaha. aku dah gelakkan hang nii

Fyqa said...

nub : ok terima kaseh nub. haishh

haha

Amoi said...

kelakar cerita awak ni tahu

boleh plak salah kereta

nasib baik tak drive terus kereta tu

XD

Fyqa said...

amoi : haha.jgnlah. naseb baek..

Henry Zackery said...

aadus.. malunya... :)

Wanita Oh Wanita

Fyqa said...

Henry : huhu...

Farhana Jafri said...

hahahaha sumpah malu.. tp cian kat kwan tbe2 je kne cncel last minute..

jemput singgah ANASAURUS :)

Fyqa said...

Farhana : haha.takpe. malu gila dah time tuh..

Abang Zam said...

aku tanak komen

*weh..didie dah exam? contact kan die weh..kau ni

Fyqa said...

Zam : aku text dia dah

Cik Bidadari said...

weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... malulah... wekkk... malu-malu... camana boleh tersalah kereta... hik hik hik... kalau akak akak senyum nampak gigi sampai kat keta

adan said...

salam.. hahahaahha... lawak ar entri ni.. padan muka.. kompom abang janggut sejemput tu gelak sakan.. silap haribulan klu abng tu ade blog gak kompom post kat blog.. hahaha

awEEN said...

hahahha..saya pon pernah rasa jadik camni..menonong pegi kat kete..siap tolong lap2 kete lg sebab nampak comot sg, padahal kete org lain..tp fyqa pnye pngalaman lg best la sebab de org tegurkan fyqa salah kete..hehehehe...lawak la kamu..

Fyqa said...

Kak bidadari : adehh..haha.org tak terkata dah time tuh... wat tak tau jekk.haha

Fyqa said...

adan : hahaha.jgn la cakap cenggitu.pnah gak t'pkir mcm tu kan.haha

Fyqa said...

aween : haha. laa yeke? alaaa..malu kot.haha

... said...

as salam..
haha. comel je tersalah kete.
hehe. lain kali mata tengok, hati jangan fikir ke lain. bahaya. saya dulu dok fikir2 sampai termasuk tandas perempuan. tak sedar langsung.

masuk tandas tu baru sedar sebab ada tong apa tu. huhu. menjerit2 perempuan yang masuk. haha

=_="

oh..baru perasan. link fyqa tersilap key in dalam bloglist. hehe. betulkan jap

=p

Fyqa said...

hahaha.klakar klo igtkan balek pnglaman cnggini. malu tak tau nak kata apa dah...

*tak faham??huhu

Anonymous said...

lepasni kau pakai la kete khas utk kau sorg je ada. org lain xda.
so nnti kau xkan slh kete lagi.kahkahkah

Fyqa said...

anon : haha.tak nak ah.tak mampu. ciss

mykhalis said...

kenapa khalis tak blh tinggal komen kat shoutbox?

**::CIKNUURUL::** said...

aduiiiii,doi doi doi,.malunyeeeeeeeeeeeeeeeeee,..mesti sengih2 kmbing kt abg sejemput tu kan smbil ,."err hikhikhik,sori ye bang",.huhu

Fyqa said...

mykhalis : yeke.. err.. knape pulak xbole ye...

Fyqa said...

Cik nuurul : haha. t'pkse mnyengih.salah sndri... haha

Arol Mubin said...

BHAHAHA. ;D Malu gila lah! Siapa tahu, entah-entah mamat janggut seciput tue bakal suami Cik Fyqa. Seumur hidup dia ejek nanti.

Entri terbaru : Segmen | Kalau Aku Ada Bakat Aku Nak Jadi ..... :)

Azroy Kassim said...

skill ngurat buat2 salah kete... ceh! skill lapuk.. haha

elinADNAN said...

huishhh dasyaaat..

hati hati eyh laen kali

amny said...

ahhaha...kalau llaahhh die tu penjahat..die culik...susah2!

Far8 budak baik said...

hahahaha..
sengal sungguh anda..
lain kali
naik start terus jln ahaha

SyedGraphiX said...

HAHAHA....sumpah klakar gila! XD. tak larat nak gelak XD

Fyqa said...

Arol : mintak simpang.haha

Fyqa said...

roy : kejadah aku nak ngorat. haha

Fyqa said...

elin : err..baeklahh..huhu

Fyqa said...

amny : naseb bukan jahat.haha

Fyqa said...

far8: slamat lagi kete dia .haha

Fyqa said...

syed : jgn glak sgt.nnti kne kat diri sndri lk.haha

Abang Stalker said...

ahhahahahahahahahahahahahaha..1 ofis abg ni gelakkn fiqa.

Fyqa said...

AS: alamakk bang. takpela.kesah dh lepas pon.haha

Naddia said...

oohh..jadi kamulah gadis yg abang sy cite tuh?!

Fyqa said...

naddia : ohh tidak.apakah. haha

*cis kencing ! :P

Maya Mayana said...

haha..lawak la adik ni...mamat cun ke hensem? bikin konfius la...

Fyqa said...

K.Maya : hihi.sesaje tebalekk kan..

aliarosli said...

HAHAHHAHAH, TETIBE RAJIN SCROOL SAMPAI BAWAH

OK, CITE BASI, TAPI LAWAK LA

HAHHAAHHAHA

Fyqa said...

alia : ambuiihh suka na gelakkan org.haha

saiful bakhtiar said...

salam.kah{10x).lawak le.sy lak lepas bayar duit kat kaunter terus je pergi,myk tak isi pun.terlupa...

Fyqa said...

saiful : haha. lagi rugi awk ..

AdiaLuze said...

Dasatnyeeee ... Mesti malu giler kan dik .. Kalau akak, mesti buat2 pengsan ... Hikhikhiukhik

Fyqa said...

K adia : mmg malu. huhu

haha tak reti nk pengsan dah. malu amat

hardy boy said...

kelakar & penuh pengajaran sbb sy pn hmpir2 tkena.hehehehe

Fyqa said...

hardy boy : hehe.. :D

tengkorakemas said...

eh, tapi bila isi minyaknya? lawak2 xD

Fyqa said...

pkeja tu dh isikan...

wuuu

alif haris said...

HAHAHAHAHHAHA .. tergelak2 guling2 baca entri ni .. adoyai .. cmne la boleh tersilap .. haha :D